Friday, 11 April 2014

JOM BERUBAH :D

ALHAMDULILLAH..

kita bersua kembali,, kali ini saya ingin berkongsikan sedikit golongan manusia . Dalam dunia ini ada 4 golongan manusia :

1 ) Orang itu tahu apa yang dia tahu..
2 ) Orang itu tahu apa yang dia tidak tahu..
3 ) Orang itu tidak tahu apa yang dia tahu..
4 ) Orang itu tidak tahu apa yang dia tidak tahu..

jadi,, marilah kita berusaha menjadi golongan yang pertama dan yang kedua, insyaAllah kehidupan kita lebih mudah dan diberkati . dan janganlah kita menjadi golongan yang ke-3 dan ke-4 . nescaya hidup kita akan terbeban..

* ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SUATU KAUM MELAINKAN MEREKA MENGUBAHNYA SENDIRI * ^^

Thursday, 10 April 2014

hormatilah & taatilah mereka..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

segala pujian bagi Allah.. Apa khabar semua ? sihat ? Alhamdulillah(:
kali ini kita akan berbica tentang insan yang paling rapat dalam hidup kita , orang yang paling menyayangi kita.. TAPI,, terus menerus kita menipu mereka, tapi, terus terus menerus juga mereka memaafkan kita . merekalah insan yang luar biasa.. YA! merekalah IBU & BAPA kita..

hari ini kita mampu berdiri dikaki sendiri, adakah kita sudah lupa tentang asal usul diri ini ? cinta mereka cinta tanpa syarat. cinta mereka tidak harap dibalas..

oleh kerana itu Allah sendiri telah meletakkan syarat kpd anak-anak supaya beradab dan berakhlak kpd mereka.. Allah meletakkan syarat yg pertama dalam surah Al- Isra' ayat 23 , maksudnya : '' dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa kamu ''

menggembirakan mereka,, kabulkan permintaan mereka,, jangan pernah menghianati kepercayaan mereka..

jangan pernah mengatakan perkataan yang bakal menyakiti hati merka #

daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah s.a.w : '' siapakah orang yang patut aku berbuat baik? ''. Rasulullah s.a.w menjawab, '' Ibumu ''. kemudian aku bertanya, '' lagi siapa? ''. Rasulullah s.a.w menjawab, '' ibumu''. kemudian aku bertanya, ''lagi siapa?''. Rasulullah s.aw menjawab, '' ibumu''. kemudian aku bertanya, '' lagi siapa? ''. Rasulullah s.a.w menjawab, '' bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya ''. ( Hadis Riwayat Tarmizi )

walau hari ini kita peguam yang petah bicara, walau hari ini kita pemimpin yang memimpin negara, kita tetap lahir dari rahim seorang ibunda dan dibesarkan dari air tangan seorang ayahanda..
JANGAN PERNAH MERASAKAN DIRI LEBIH BESAR BERBANDING MEREKA..

jadikanlah mereka pintu untuk kita ke Syurga.. jadikanlah mereka sebab Allah redha ke atas kita..

wallahu'alam 
-cp