Friday, 28 March 2014

KITA TAK TAHU ?

Bismillahirrahmanirrahim ..
Apa khabar iman ? Moga sentiasa baik dan ditingkatkan selalu , insyaAllah . Macam mana ? Hati rasa kosong ? Rasa kurang peringatan untuk diri ? Sama-sama islah diri :D 
Qada' dan Qadar Allah , siapa tahu ?
Adakah ia boleh berubah ? Tahu ? Kita tak tahu .
Kita selalu cakap , " Ala , buat apa nak usaha lebih-lebih ? Allah dah tentukan dah Qada' dan Qadar kita . Berjaya atau gagal , Allah yang tentukan . " 
Dan kita hanya tahu pasrah tanpa usaha . Selalu berdoa , tapi tiada usaha ?
Macam mana Allah nak bagi kejayaan , kalau kita sendiri tak berusaha .
 Saya bagi satu analogi . Contohnya , kita nak makan . Makanan dah ada kat depan kita . Kita cuma tengok makanan tu dan berharap makanan tu akan masuk sendiri ke mulut kita . Cuba fikir . Takkanlah makanan tu nak melompat sendiri ke mulut kita ? Tak mungkin . Tapi tak mustahil juga jika dengan izin Allah . Tapi itu bergantung pada usaha kita . Okey , faham tak analogi ini ? Jika benar memang takdir kita akan gagal dalam peperiksaan , ia boleh berubah . Bagaimana ? Usaha ! Allah tidak kejam . Allah tidak zalim . Allah Maha Pengasih . Allah akan beri sebuah kejayaan berdasarkan usaha hamba-Nya . Ingatlah ! Kita berusaha sebab kita tak tau takdir kita . Andai benar kamu berfikir , " Ala , aku ni memang pandai . Tak payah usaha pun berjaya jugak . Aku tak pernah gagal . " .. Ingatlah , itu adalah satu ujian untukmu . Allah ingin menguji mu , adakah kamu akan bersyukur atau sebaliknya ? Jadi , islah nafsina ! Tajdid nafsina daiman :)

- KITA BERUSAHA SEBAB KITA TAK TAHU -

Thursday, 27 March 2014

DUNIA YANG UZUR

Bismillahirrahmanirrahim ~

Alhamdulillah,dapat jugak buat entri baru.Salam Sayyidu Ayyam. Today's issue is , siapa faham ?

Pernah tak kita termenung,memikirkan keadaan negara yang kucar kacir,dunia yang tak tentu hala,lepastu ,Sahabat islam kita diburu oleh mereka yang dahagakan darah orang islam? Ulama semakin lama semakin berkurangan. Isu baru pasal MH 370 ,dan isu tergempar bagi umat islam IM529 ? pernah tak terfikir ape jalan cerita di sebalik musibah nie ? Allah~ sekali sekala kalau terfikir sejenak memang tak berkelip.Hati rasa Gusar. Kesimpulannya,allah nak tunjuk Dunia ni Uzur.Tak pernah ke kita terfikir Dunia memang Hampir dengan 'Yaumul Qiyamah ' ?

Cakap pasal Al Qiyamah , masyaAllah,semua orang gerun ! Tak perlu terngok orang,tengok diri kita yang kering dengan amal ibadah pun dah cukup ! Hari kiamat ni hari yang paling dahsyat ! Tapi allah ciptakan Kiamat tu  bukan satu hari yang mengejutkan dan menakutkan, Rasulallah pun dah bagitahu apa tanda2 dia.
Sepuluh tanda hari kiamat yang besar .

Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al -Ghafiri r.a berkata : 'Datang kepada kami Rasulallah  s.a.w dan kami pada wantu itu sedang berbincang.lalu beliau bersabda:''Apa yang kamu perbincangkan?'' kami menjawab,''Kami sedang membincangkan tentang hari qiamat''lalu baginda menjawab ''Tidak akan terjadinya hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya.''
Kemudian baliau menyebutkannya,''Asap,Dajjal,binatang,terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya,turunnya Isa bin Maryma alaihisslaam,Ya'juj dan Makjuj,tiga kali gempa bumi,sekali di timur,sekali di barat,dan yang ketiga ialah semenanjung Arab yang akhir adalah api neraka yang keluar dari negara Yaman yang akan menghalang manusia ke Padang Mahsyar mereka.'' HR Muslim.

*Ini baru tanda besar,tanda kecil? belambak weyh dah ada dalam list -,-


Hari kiamat,la nie lah orang sibuk nak kutip pahala,la nie lah terhegeh-hegeh nak beriman kepada Allah.La nie jugak kita x pikir hal orang lain,Kita sibuk pikir diri
sendiri,Mak,abah,kakak,abang,adik,sahabat,sapa2 pun kita x ingat dah masa tu.Tapi dalam keadaan ni,inilah golongan yang tak beriman.Habis golgan yang beriman?keadaanya ? Golongan beriman nie,dia akan tersenyum,happy tu ,allah saja yang tahu sebab allah dah janjikan diorang syurga.

Sedar ke kita amalan kita nie cukup ke untuk topup masuk syurga ? Muhasabah. Tempat tinggal kita yang kekal ada DUA,samada SYURGA atau NERAKA.Kalau ditanya siapa yang nak masuk syurga ?kita pun nak masuk,tapi sedar tak kita bahawa kita kejarkan syurga tapi kita x sedar neraka pun kejar kita ? Fikirlah~take time. Kita ni manusia+hamba kepada DIA jugak kita kembali :) wallahua'lam.

Wednesday, 26 March 2014

Sabar itu Kunci keimanan....

Assalamualaikum....
Alhamdulillah,,, Allah masih memberi peluang untuk saya berkongsi....

Perasan tak?
Manusia bila diberi kenikmatan pasti mereka akan ketawa.....
Tapi,,,,bila ditimpa ujian macam ni ha mukanya....

Buruk no......

Tapi sedarkah kamu bahawa....ujian yang diberi kepada kita adalah sebagai satu senjata untuk menguatkan lagi kita....
Allah beri ujian kepada kita bukan bermakna Allah benci kat kita....
Bukan juga bermakna Allah tak suka kepada kita.....

TAPI.....
Itu tandanya Allah ambil berat kat kita.....
Tandanya Allah sayang kat kita.....
Allah nak tengok sejauh mana keimanan kita...
Adakah selepas kita diuji kita akan kembali kepadanya??
atau......
Adakah kita akan berpatah balik kepada yang lain??

JAWAPAN ADA PADA ANDA~!

So,,,,lepas ini...bila kita ditimpa ujian janganlah mudah mengeluh....
Jangan lari dari masalah....
cuba hadapinya.....
Kalau kita lari...sampai bila-bila pun tak akan pernah selesai....


SABAR ITU  KEIMANAN

So,,sekarang cuba kita bayangkan....Ibarat iman kita ada kunci...
kita nak gapai iman itu....
tapi...sekarang kita perlukan kunci....

Kunci yang kita perlu ada sekarang adalah sabar....
Itulah kunci yang meneguhkan lagi keimanan kita.....

Saya selitkan sebuah kisah teladan...

 Pada zaman dahulu,,,ada seorang lelaki bernama Abul Hassan yang pergi Haji ke Baitul Haram. Sewaktu tawaf, tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya...
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu. Ini pasti dia tidak pernah risau dan bersedih hati" Ucap Abul Hassan.

Wanita itu terdengar ucapan Abul Hassan lalu bertanya,
"Apakah yang dikata olehmu wahai saudaraku? Demi Allah..aku tetap dibelenggu oleh perasaan duka dan luka hati kerana risau." 

Abul Hassan bertanya,
"Bagaimana hal yang merisaukan kamu?"

Wanita itu menjawab, "Aku mempunyai empat orang anak. Seorang anakku sudah berkahwin, dua orang anak sudah boleh bermain dan seorang anak masih menyusu. Pada suatu hari, suamiku menyembelih kambing korban. Ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata kepada adiknya, "Wahai adikku, bolehkah aku tunjukkan kepadamu bagaimana cara ayah menyembelih kambing?"
Lalu adiknya menjawab, "Baiklah, tunjukkanlah kepadaku."

Kemudian dia menyuruh adiknya baring dan disembelih leher adiknya. Dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar. Dia terus berlari ke bukit dan di sana dia dimakan oleh serigala. Manakala, ayahnya pergi mencari anaknya sehingga mati kehausan. Sewaktu aku meletakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk itu lalu tumpahlah air sehingga terkena badannya.Maka habis melecur kulit badannya. Apabila berita itu sampai kepada anakku yang sudah berkahwin yang tinggal di daerah lain, dia pula jatuh pengsan sehingga menemui ajal. Kini aku hanya tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Apabila selesai mendengar cerita wanita itu, Abul Hassan bertanya lagi, " Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan anatar sabar dengan mengeluh melainkan dia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memeperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Pengajaran Cerita
1, SEBUAH CERITA YANG DAPAT DIJADIKAN TELADAN  DI MANA KESABARAN SANGAT DIGALAKKAN OLEH AGAMA DAN HARUS DIMILIKI OLEH SETIAP ORANG YANG MENGAKU BERIMAN KEPADA ALLAH SWT. 

2, BEGITU JUGA MENGELUH. PERBUATAN INI SANGAT DIKUTUK OLEH AGAMA. RASULULLAH SAW BERSABDA: "TIGA MACAM DARIPADA TANDA KEKAFIRAN TERHADAP ALLAH, MEROBEK BAJU, MENGELUH, DAN MENGHINA NASAB ORANG" SABDA RASULULLAH LAGI "MENGELUH ITU TERMASUK KEBIASAAN JAHILIYAH DAN ORANG YANG MENGELUH JIKA IA MATI SEBELUM TAUBAT, MAKA ALLAH AKAN MEMOTONGNYA BAGI PAKAIAN DARI WAP API NERAKA (RIWAYAT IBNU MAJAH)

Renung-renungkanlah...dan selamat beramal.....

Tuesday, 25 March 2014

Subhanallah ! Alhamdulillah ! La Ilahaillallah ! AllahuAkbar !

Assalamualaikum (:

Alhamdulillah ,, akhirnya siap juga blog ini.. InsyaAllah saya akan berkongsi apa itu niat yang ikhlas..
kita hidup didunia ini untuk apa?? mungkin ada yang menyatakan untuk beribadah semata-mata kerana Allah dan ada yang sebaliknya..

Apabila sebut perkara ibadah, adakah kita benar-benar ikhlas untuk mengerjakannya?


Disini ada sebuah kisah antara seorang guru dan anak muridnya..

guru - ali, kenapa kamu Solat?
ali - sebab nak kumpul pahala..
guru - kamu nak buat apa?
ali - sebab nak masuk kedalam Syurga..
guru - kalau tak ada Syurga dan Neraka? Adakah kamu mahu Solat?
ali - .....(hanya terdiam)....

Jadi marilah kita memperbetulkan niat kita . Kita beribadat kepada Allah semata-mata niat yang ikhlas dan tidak mengharapkan balasan . Kita Solat sebab kita taat akan perintahNya . Kita berqiammulail sebab patuh akan perintahNya . Kita berpuasa sebab tanda kita cinta kepadaNya . Memang benar setiap amalan yang dilakukan akan dibalas , tapi biarlah amalan kita itu amalan yang berkualiti ..

Rasulullah telah bersabda : '' sesungguhnya lakukanlah setiap amalan itu dengan niat '' 

JADI.. JOM BUAT IBADAH BANYAK-BANYAK!! ^^
_sebagai tanda kita cinta kepadaNya_

~ Fi hifzillah

Monday, 24 March 2014

IMAN UMPAMA BATERI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Andaikata matinya handphone disebabkan baterinya lemah.
Andaikata hilangnya arah insan disebabkan imannya masalah.
Jadi - iman itu ibaratnya bateri.
Kena cas. Perlu cas. Harus cas.
Dan kalau - dah gila kontang bateri itu, jangan biar handphone tu mati terus.
Sama jugaklah macam iman.
Kalau futur jangan sampai kufur.
Dan kalau lagi - cas bateri pun, cukuplah paling lama 1 jam.
Sama jugaklah macam iman.
Bila rasa futur - tak perlu pun kau duk ngaji sampai 20 juzuk sekalipun. Tapi nothing. Kau tak rasa pape. Lebih baik 2 ayat kau baca kau rasa tenang. Tak perlu pun solat sunat 20 rakaat semata mata andai tak rasa nikmat ibadah.
Kalau lagi - tak kesah pun kau nak cas bateri waktu malam. Tapi bila penuh, perlu bangun untuk tutup. Means, perlunya bangun malam! Eh. Hehe.
Dan uncle kedai phone tu cakap lagi - Andaikata handphone tertumpah air sirap sekalipun, firstly yang kau perlu selamatkan adalah bateri. Rosak bateri maka rosaklah handphone.
Jadi - iman itu macam bateri lah kan? Kena tatang, protect, jaga elok elok jangan sampai rosak.

Bila rosak habis punah.
Punahlah ummah.


Sunday, 23 March 2014

PERJALANAN DA'IE

Assalamaualaikum :)
Alhamdulillah , akhirnya siap juga blog ni . Blog ini bukanlah blog peribadi atau persendirian . tetapi blog ini merupakan blog berkumpulan terdiri seramai 23 orang admin , insyaAllah . Jadikan ia sebagai satu medium dakwah . Untuk membincangkan isu semasa atau permasalahan yang berlaku . Bersama kita meneruskan perjuangan Rasulullah . Kalau bukan kita siapa lagi ?
Semuanya bermula dari diri sendiri . Lakukan anjakan paradigma anda ! 

" Tegakkan Islam dalam diri kamu , maka akan tertegaklah Islam di bumi kamu " - Imam Hasan Al-Banna