Assalamualaikum....
Alhamdulillah,,, Allah masih memberi peluang untuk saya berkongsi....
Perasan tak?
Manusia bila diberi kenikmatan pasti mereka akan ketawa.....
Tapi,,,,bila ditimpa ujian macam ni ha mukanya....
Buruk no......
Tapi sedarkah kamu bahawa....ujian yang diberi kepada kita adalah sebagai satu senjata untuk menguatkan lagi kita....
Allah beri ujian kepada kita bukan bermakna Allah benci kat kita....
Bukan juga bermakna Allah tak suka kepada kita.....
TAPI.....
Itu tandanya Allah ambil berat kat kita.....
Tandanya Allah sayang kat kita.....
Allah nak tengok sejauh mana keimanan kita...
Adakah selepas kita diuji kita akan kembali kepadanya??
atau......
Adakah kita akan berpatah balik kepada yang lain??
JAWAPAN ADA PADA ANDA~!
So,,,,lepas ini...bila kita ditimpa ujian janganlah mudah mengeluh....
Jangan lari dari masalah....
cuba hadapinya.....
Kalau kita lari...sampai bila-bila pun tak akan pernah selesai....
SABAR ITU KEIMANAN |
So,,sekarang cuba kita bayangkan....Ibarat iman kita ada kunci...
kita nak gapai iman itu....
tapi...sekarang kita perlukan kunci....
Kunci yang kita perlu ada sekarang adalah sabar....
Itulah kunci yang meneguhkan lagi keimanan kita.....
Saya selitkan sebuah kisah teladan...
Pada zaman dahulu,,,ada seorang lelaki bernama Abul Hassan yang pergi Haji ke Baitul Haram. Sewaktu tawaf, tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya... "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu. Ini pasti dia tidak pernah risau dan bersedih hati" Ucap Abul Hassan.
Wanita itu terdengar ucapan Abul Hassan lalu bertanya, "Apakah yang dikata olehmu wahai saudaraku? Demi Allah..aku tetap dibelenggu oleh perasaan duka dan luka hati kerana risau."
Abul Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukan kamu?"
Wanita itu menjawab, "Aku mempunyai empat orang anak. Seorang anakku sudah berkahwin, dua orang anak sudah boleh bermain dan seorang anak masih menyusu. Pada suatu hari, suamiku menyembelih kambing korban. Ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata kepada adiknya, "Wahai adikku, bolehkah aku tunjukkan kepadamu bagaimana cara ayah menyembelih kambing?" Lalu adiknya menjawab, "Baiklah, tunjukkanlah kepadaku."
Kemudian dia menyuruh adiknya baring dan disembelih leher adiknya. Dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar. Dia terus berlari ke bukit dan di sana dia dimakan oleh serigala. Manakala, ayahnya pergi mencari anaknya sehingga mati kehausan. Sewaktu aku meletakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk itu lalu tumpahlah air sehingga terkena badannya.Maka habis melecur kulit badannya. Apabila berita itu sampai kepada anakku yang sudah berkahwin yang tinggal di daerah lain, dia pula jatuh pengsan sehingga menemui ajal. Kini aku hanya tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Apabila selesai mendengar cerita wanita itu, Abul Hassan bertanya lagi, " Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan anatar sabar dengan mengeluh melainkan dia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memeperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Pengajaran Cerita 1, SEBUAH CERITA YANG DAPAT DIJADIKAN TELADAN DI MANA KESABARAN SANGAT DIGALAKKAN OLEH AGAMA DAN HARUS DIMILIKI OLEH SETIAP ORANG YANG MENGAKU BERIMAN KEPADA ALLAH SWT.
2, BEGITU JUGA MENGELUH. PERBUATAN INI SANGAT DIKUTUK OLEH AGAMA. RASULULLAH SAW BERSABDA: "TIGA MACAM DARIPADA TANDA KEKAFIRAN TERHADAP ALLAH, MEROBEK BAJU, MENGELUH, DAN MENGHINA NASAB ORANG" SABDA RASULULLAH LAGI "MENGELUH ITU TERMASUK KEBIASAAN JAHILIYAH DAN ORANG YANG MENGELUH JIKA IA MATI SEBELUM TAUBAT, MAKA ALLAH AKAN MEMOTONGNYA BAGI PAKAIAN DARI WAP API NERAKA (RIWAYAT IBNU MAJAH)
Renung-renungkanlah...dan selamat beramal..... |
No comments:
Post a Comment